Wednesday, April 23, 2014

Tujuan Laman SKMC diwujudkan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua tetamu laman ini.

Selamat Datang ke SK Marian Convent, Ipoh
Sekolah Berprestasi Tinggi

SK Marian Marian Convent adalah sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi  yang  cemerlang di Negeri Perak dan peringkat Kebangsaan amnya. Kecemerlangan ini dicapai hasil komitmen semua warganya daripada pentadbir yang berkaliber dan berwawasan, guru-guru yang prihatin dan dedikasi, murid-murid yang rajin, ibu bapa yang peka, staff sokongan yang proaktif  dan pekerja swasta (keselamatan & pembersihan) yang komited.

Selain komitmen para guru mendidik bagi melahirkan murid yang cemerlang, suasana sekolah juga memainkan peranan yang penting memberikan kejayaan tersebut. SK Marian Marian Convent hanya mempunyai keluasan kawasan   4.8 ekar. Ruang yang terhad itu hanya dapat dibina sudut-sudut kecil bagi menambah suasana sekolah yang kondusif dan menjadi rujukan pembelajaran luar bilik darjah. Diharapkan Laman SKMC  ini memberi peluang dan ruang kepada tetamu laman ini untuk berkongsi maklumat bagi menambah keceriaan sekolah masing-masing.

Berslogankan MARIAN INDAH, MURID TERSERLAH, sesuai dengan maklumat dalam laman ini  yang ingin dikongsikan bersama di setiap sudut/taman sebagai bahan  pembelajaran dan pengajaran luar bilik darjah. Selain memberikan nostalgia kepada bekas warga  Marian Convent sejak 1957.


Sekolah Bersih dan Ceria, Murid Selamat dan Gembira.

Salam Ingatan;
Pn. Hindon Wahid
Penolong Kanan HEM





No comments:

Post a Comment