Tuesday, May 13, 2014

Taman Herba: Pecah Kaca

Nama Saintifik:  Strobilanthes Crispus
Nama Lain:  Pecah Beling, Bayam Karang, Ngo Kilo, Keji Beling dan Jin Batu
Famili:  Acanthaceae




Pokoknya mudah hidup dan merimbun.
Boleh dijadikan hiasan halaman rumah.








Khasiat dan kegunaan:
1. Merawat Kanser (mmbunuh sel kanser kolon, kanser hati dan kanser buah dada)
2. Merawat kencing manis
3. Menghancurkan  batu karang dalam hempedu di buah pinggang
2. Agen diuretik - melancarkan pembuangan air kencing
3. Menurunkan koesterol  dalam badan


Cara Penggunaan:
1. Air Rebusan daun diminum mengikut sukatan.
2. Daunnya boleh dimakan begitu sahaja (dijadikan ulam) 3 helai sehari secara berterusan.

Cara Pembiakan:
1. Keratan batang.


Pokok Pecah kaca, pokok paling tua di taman herba SKMC



Rujukan:
http://herbadantumbuhan.blogspot.com/2012/06/pecah-beling-strobilanthes-crispus-ubat.html


Taman Herba: Bunga Rose Jepun





Nama Saintifik:  Portulaca Grandiflora

Nama Lain:  bunga kembang petang, bunga pukul sepuluh, moss rose, sun plant, japanese rose, bunga gelang

Famili:  Portulaceae





Sejenis tumbuhan yang hidup menjalar. Mudah penjagaanya dan memerlukan pencahayaan yang lebih bagi mengeluarkan bunga yang banyak. Mempunyai pelbagai warna bunga yang cantik dan menarik. Mula berkembang jam 10 pagi.

Khasiat dan kegunaan:
1. Merawat luka ringan

Cara Penggunaan:
1. menampalkan daun yang dilumatkan  pada bahagian yang luka

Cara Pembiakan:
1. Keratan  - patahkan saja batang pokok tu dan cucukkan ke tanah.
2. Biji benih - seperti biji sawi