Saturday, June 6, 2015

Taman Herba : Belalai Gajah



KHASIAT DAUN BELALAI GAJAH (SABAH SNAKE GRASS)
Daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass telah lama dikenal pasti mempunyai antioksidan yang tinggi bagi mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia. Diantara keberkesanan produk daun belalai gajah ini adalah merawat serta memulihkan pesakit-pesakit yang menghadapi masalah kesihatan seperti berikut:
Memulihkan semua jenis Kanser (Cancer).
Memulihkan Penyakit buah pinggang.
Memulihkan Penyakit Darah Tinggi.
Memulihkan Tekanan Darah Tinggi.
Memulihkan Penyakit Kencing Manis (Diabetes).
Memulihkan Radang Prostat.
Memulihkan Asid Urid Tinggi (Toksid dalam badan).
Memulihkan Gastrik.
Memulihkan Penyakit Gout.
Memulihkan Tahap Kolesterol Tinggi.
Memulihkan Penyakit Aplastic Aneamia (adalah satu keadaan yang mana sum-sum tulang tidak menghasilkan sel-sel baru yang mencukupi untuk mengisi sel-sel darah).
Memulihkan Thalassaemia.
Memulihkan Masalah Haid Tidak Teratur.
Memulihkan Sembelit.
Memulihkan Masalah Sukar Buang Air Besar.
Memulihkan Masalah Thyroid.
Memulihkan Sakit Belakang.
Memulihkan Penyakit Migrin.
Memulihkan Masalah Kelesuan.
Merawat Masalah Asma (Semput)
Membantu menurunkan Kadar Gula.
Memulihkan Buasir.
Memulihkan Eksim atau Dermatitis (Permasalahan pada kulit seperti radang, kulit kegatalan, kemerahan, biasanya pada tangan dan kaki dan lain-lain).
Meredakan Bengkak.
Meredakan Ketumbuhan/Tumor.
Dapat Melegakan Rasa Senak Pada Perut.
Dapat mencegah Kanser Kolon (usus)
Dapat Merawat Masalah Kemurungan, Melindungi hati, Meningkatkan Tenaga, Melegakan keletihan, Meningkatkan Imun sistem dan melancarkan fungsi darah.
Nota:
Daun belai gajah boleh dibuat sayur, dibuat ulam atau dibuat jus.
Jika dibuat jus amat berkesan untuk merawat penyakit jika diblender dengan epal hijau + lemon
DOS YANG SESUAI MENGIKUT TAHAP PENYAKIT.
1. Tahap 1 gunakan 30 helai
2. Tahap 2 gunakan 60 helai
3. Tahap 3 gunakan 90 helai
4. Tahap 4 gunakan 120 helai
Jika merawat sebarang penyakit ia amat berkesan bila dibuat jus bersama epal hijau + lemon. Sebaiknya minum waktu perut kosong iaitu 1 jam sebelum makan. Minum 3 kali sehari.
Jika penyakit sudah beransur pulih bolehlah kurangkan dos nya secara berperingkat peringkat.



Sunday, January 18, 2015

Laluan Inspirasi Kejayaan di Pejabat Sekolah

Pintu masuk ke pejabat sekolah dan bilik pentadbiran.

Sebelah kiri laluan;
Kaunter Pejabat yang dibuka pada waktu pejabat sahaja:
Isnin hingga Khamis : 8.00 pagi - 1.00 petang & 2.00 petang - 5.00 Petang
Jumaat : 8.00 pagi - 12.15 tengah hari & 2.45 petang - 5.00 petang.


Di sebelah kanan laluan Perakam waktu Guru & Kakitangan dan 
Meja disediakan  untuk meletakkan Buku Rekod Keluar Murid.
\


Sebelum dan selepas

Wednesday, December 10, 2014

Pandangan pertama memasuki Sekolah Kami




 Bangku rehat sumbangan sebuah Syarikat dalam 
membina jalinan bersama korporat.
Pengiktirafan yang diterima oleh pihak sekolah pada September 2013
selepas mendapat pengikhtirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan pada 2011, 
dan Sekolah Cemerlang pada tahun 2008.

 Salah satu sudut sumbangan ibu bapa
di bawah Program Sarana Ibu Bapa

Pintu Pagar Masuk ke Halaman Sekolah

Kami mengalu-alukan tetamu yang sudi singgah di sekolah kami.
Sekadar berkongsi suasana yang ala-ala resort lagi...

Pintu C - Laluan keluar semua kenderaan semasa hari persekolahan dan pada waktu puncak
Merupakan Laluan utama, menjadi pintu masuk  selain daripada waktu puncak.
 Pintu Pagar B - Laluan masuk kenderaan guru dan staff,
bas dan van sekolah. Dibuka dan tutup mengikut jadual


 Pandangan dari sudut yang berbeza

 Pintu A - Laluan masuk ibu bapa sewaktu hari 
persekolahan dibuka dan tutup mengikut jadual.
 Laluan kenderaan ibu bapa  menjadi jalan sehala
 bagi melancarkan perjalanan. Sekolah kami di penghujung jalan
satu kelebihan di sekolah ini membenarkan kenderaan ibu bapa memasuki
kawasan sekolah untuk menghantar dan mengambil anak.
Landskap masih dalam perancangan.
Nak cari penyumbang anak-anak pokok bagi menambah ceria 
pandangan mata dan sekolah.
Ni la En Fairus yang menjaga laluan pintu masuk
ke sekolah kami sekarang.

Sila lapor diri dahulu di pondok pengawal ini sebelum berurusan dengan pihak sekolah.
Sila ikuti peraturan yang ditetapkan demi keselamatan anak-anak Marian.
 Jaga etika berpakaian bagi mencerminkan budaya rakyat Malaysia yang berbudi bahasa.
Sila datang, jemput masuk.

Sunday, December 7, 2014

Halaman Ilmu Sekolah dipenuhi warna warni bunga kembang pukul sepuluh

Nama pun pokok bunga kembang pukul sepuluh, jadi kena tunggu la pukul sepuluh. Tunggu ada matahari barulah berkembang bunga-bunga ni. Eh ada juga yang panggil pokok bunga ni  ros jepun. Memang bentuknya macam bunga ros, tapi kelopaknya kecil aje.


















 Ni ruang tanaman bunga ros jepun, harap-harap cepatla mekarnya.
 Ada lagi di beberapa lokasi yang belum diambil fotonya... 

Saturday, December 6, 2014

KIosk Doktor Muda yang ceria

Kiosk ni terletak di Halaman Ilmu SKMC. 
Dibina daripada sumbangan  ibu bapa Puteri Marian Tahun 6/2013  
yang prihatin dengan keperluan keceriaan sekolah akan
dapat melahirkan anak-anak yang cemerlang. 
 Kiosk ini diurus oleh Ahli Kelab Dokor Muda dengan
bimbingan Guru Penasihatnya.

 Selain dijadikan tempat perjumpaan dan aktiviti Ahli Kelab Doktor Muda, 
ia juga berfungsi sebagai one stop centre untuk mendapatkan info kesihatan.
Selain menjadi satu sudut pembelajaran luar bilik darjah.