Wednesday, December 10, 2014

Pintu Pagar Masuk ke Halaman Sekolah

Kami mengalu-alukan tetamu yang sudi singgah di sekolah kami.
Sekadar berkongsi suasana yang ala-ala resort lagi...

Pintu C - Laluan keluar semua kenderaan semasa hari persekolahan dan pada waktu puncak
Merupakan Laluan utama, menjadi pintu masuk  selain daripada waktu puncak.
 Pintu Pagar B - Laluan masuk kenderaan guru dan staff,
bas dan van sekolah. Dibuka dan tutup mengikut jadual


 Pandangan dari sudut yang berbeza

 Pintu A - Laluan masuk ibu bapa sewaktu hari 
persekolahan dibuka dan tutup mengikut jadual.
 Laluan kenderaan ibu bapa  menjadi jalan sehala
 bagi melancarkan perjalanan. Sekolah kami di penghujung jalan
satu kelebihan di sekolah ini membenarkan kenderaan ibu bapa memasuki
kawasan sekolah untuk menghantar dan mengambil anak.
Landskap masih dalam perancangan.
Nak cari penyumbang anak-anak pokok bagi menambah ceria 
pandangan mata dan sekolah.
Ni la En Fairus yang menjaga laluan pintu masuk
ke sekolah kami sekarang.

Sila lapor diri dahulu di pondok pengawal ini sebelum berurusan dengan pihak sekolah.
Sila ikuti peraturan yang ditetapkan demi keselamatan anak-anak Marian.
 Jaga etika berpakaian bagi mencerminkan budaya rakyat Malaysia yang berbudi bahasa.
Sila datang, jemput masuk.

No comments:

Post a Comment