Saturday, April 26, 2014

Taman Herba: Pokok Mas Cotek


Nama Saintifik :  Ficus deltoidea
Nama Lain :  Serapat, sempit-sempit
Famili : Moraceae

Ada dua jenis mas cotek, iaitu mas cotek jantan daunnya lonjong/bujur  dan mas cotek betina daunnya bulat.





Khasiat dan Kegunaan:
1. Berkhasiat untuk sistem reproduktif wanita.
2. Megecutkan rahim selepas bersalin dan mengembalikan  rahim dalam keadaan asal
3. Merawat keputihan dan melawaskan haid.
4. Mengekalkan awet muda
5. Ramuan bagi menyediakan tonik untuk lelaki dan perempuan.
6. Mencegah dan menyembuhkan penyakit (pasu-paru berair, kencing manis, darah tinggi/rendah, lemah jantung, batu karang, cirit birit.
7  Melancarkan peredaran darah
8. Memecah lemak dan membuang kolesterol dalam saluran darah
9. Rawatan sakit kulit
10. Membetulkan kerosakan urat saraf
11. Mengurangkan keletihan dan kelesuan badan
12. Merawat migran

Cara Penggunaan:
1. Air rebusan diminum (sehelai daun + 3 gelas air = 1 gelas air rebusan)
 
Cara Pembiakan:
1. Keratan batang - potong mana-mana bahagian dan cucukkan kat tanah, rajin-rajin menyiram   dan membaja, insyaallah lebih cepat tumbuh.
2. Biji - ni lambat sikit la nak tunggu tunasnya.


Anak pokok mas cotek sumbangan Pn. Siti Ramlah Azura yang
ditanam pada 12 April 2014. Harap hidup subur dan banyak daunnya..


No comments:

Post a Comment