Wednesday, April 30, 2014
Taman Herba: Serai Wangi
Nama Saintifik: Cymbopogon nardus
Nama Lain:
Famili: Poaceae
Tumbuhan yang hidup merimbun seperti pokok serai makan.
Khasiat dan kegunaan:
Dijadikan minyak pati / direbus sebagai air mandian
2. Penghalau serangga
3. Menyegarkan badan yang rasa sakit-sakit
4. Menghilang bau hanyir dan bau badan selepas bersalin (dijadikan rebusan air mandian)
5. Memanaskan badan yang rasa sejuk-sejuk
6. Aroma daun yang direbus umpana terapi, boleh menghilang rasa terteka
Cara Penggunaan:
1. Minyak serai wangi - disapu
2. Rebus daun serai wangi - sebagai air mandian.
Cara Pembiakan
- batang serai yang dibuang daun dan dicucuk semula ke tanah.
Taman Herba: Misai Kucing
Nama Saintifik: Orthosiphon stamineus Benth
Nama Lain: Kumis kucing, cat whisker,java tea
Famili: Lamiaceae
Tanaman yang tumbuh merimbun.
Berbunga putih atau ungu yang cantik dan berbentuk seperti misai kucing/
Khasiat dan Kegunaan:
1. Merawat pesakit kencing manis, mengawal atur tahap gula dalam darah.
2. Menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.
3. mengurangkan kadar kolesterol, menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada dinding organ dalaman di samping sifat antiseptik.
4. Juga merawat pesakit gout, athriris, dan reumatik
5. Mengelakkan pembentukan batu dalam ginjal (batu karang).
6. Membaiki tahap stamina dan tenaga
Cara Penggunaan:
daun dikeringkan dan boleh disimpan lama.
1.Rebus segenggam daun yang dikeringkan bersama 3 gelas jadi sehingga menjadi segelas, sejukkan kemudian diminum berulang kali bagi mengurangkan penyakit kencing manis.
2. 2 -3 helai daun direndam dalam segelas air panas - biarkan suam dan minum (darah tinggi)
Cara Pembiakan:
1. Biji benih
Pokok misai kucing yang hidup subur di taman herba SKMC
Sumbangan Jabatan Perhutanan Negeri Perak
Saturday, April 26, 2014
Taman Herba: Sirih
Nama Saintifik: Piper betle L.
Nama Lain:
Famili: Piperaceae
Sejenis pokok menjalar. Daun berbentuk bujur.
Khasiat dan Kegunaan:
1. Mengubati penyakit wanita, nafas berbau, badan berbau, demam selepas bersalin, mencuci vagina.
2. Mengubati bisul, gusi bengkak, radang tekak, terseliuh, sakit kepala, batuk kering, ulser mulut, geraham berdarah
3. Antiseptik
4. Hantaran perkahwinan dalam istiadat melayu
Cara Penggunaan:
1. Dimakan bersama pinang.
2. Gulung daun sireh dan sumbat ke dalam hidung - menghentikan pendarahan hidung.
Cara Pembiakan:
Keratan batang - patahkan batang yang lembut dan cucukkan di tanah. Sangat mudah ditanam.
Nama Lain:
Famili: Piperaceae
Sejenis pokok menjalar. Daun berbentuk bujur.
Khasiat dan Kegunaan:
1. Mengubati penyakit wanita, nafas berbau, badan berbau, demam selepas bersalin, mencuci vagina.
2. Mengubati bisul, gusi bengkak, radang tekak, terseliuh, sakit kepala, batuk kering, ulser mulut, geraham berdarah
3. Antiseptik
4. Hantaran perkahwinan dalam istiadat melayu
Cara Penggunaan:
1. Dimakan bersama pinang.
2. Gulung daun sireh dan sumbat ke dalam hidung - menghentikan pendarahan hidung.
Cara Pembiakan:
Keratan batang - patahkan batang yang lembut dan cucukkan di tanah. Sangat mudah ditanam.
Pokok sirih yang mula menjalar.
Sumbangan Pn. Milah.
Taman Herba: Markisa
Nama Saintifik : Passiflora edulis
Nama Lain: Buah susu, Passion Fruit(Inggeris), Limangkon (Thailand)
Famili: Passifloraceae
Sejenis pokok berbuah yang menjalar.
Buah muda berwarna hijau. Boleh dimakan apabila matang 75%. Buahnya akan berwarna kekuningan.
Khasiat dan Kegunaan:
1. Jus dan sirap
2. Mengubati kanser, darah tinggi.
3. Menurunkan kolesterol dan sebagai antioksidan
Cara Penggunaan:
1. Makan begitu saja
2. Dijadikan jus/syrup
Cara Pembiakan:
1. Biji benih
2. Tut
Nama Lain: Buah susu, Passion Fruit(Inggeris), Limangkon (Thailand)
Famili: Passifloraceae
Sejenis pokok berbuah yang menjalar.
Buah muda berwarna hijau. Boleh dimakan apabila matang 75%. Buahnya akan berwarna kekuningan.
Khasiat dan Kegunaan:
1. Jus dan sirap
2. Mengubati kanser, darah tinggi.
3. Menurunkan kolesterol dan sebagai antioksidan
Cara Penggunaan:
1. Makan begitu saja
2. Dijadikan jus/syrup
Cara Pembiakan:
1. Biji benih
2. Tut
Pokok markisa yang baru ditanam sumbangan Pn. Siti Ramlah Azura.
Taman Herba: Pokok Sambung Nyawa
Nama Saintifik : Gynura procumbens Lour Calacia procumberbens Lour
Nama Lain : Beluntas cina, daun dewa, akar sebiak
Famili :Asteraceae
Daun sambung nyawa mengandungi flavonoid glikosida, fenoleaf asid, triterpenoid alkloid, saponin dan tannin. Ia bersifat sejuk dan neutral
Khasiat dan Kegunaan
1. Menurunkan panas badan,
2. Merawat sakit limpa, sakit ginjal, sakit kulit
3. Menurunkan tekanan darah, kandungan gula dalam darah, penyakit jantung, kolesterol tinggi, diabetes, radang pita suara, radang tengkuk, batuk dan sinusitis
Cara Penggunaan:
1. Daun dimakan mentah seperti ulam
(Tidak digalakkan mengambil berlebihan kerana boleh menyebabkan mual, loya dan muntah. Pesakit tekanan darah rendah tidak digalakkan mengamalkannya.)
2. Untuk minum - rebus 7 -12 helai daun segar.
3. Rawatan luaran - giling/ ramas-ramas daun segar hingga lumat dan tempelkankan ditempat sakit.
Cara Pembiakan:
Keratan batang - patahkan batang yang lembut dan cucukkan ke tanah. Sangat mudah ditanam.
Nama Lain : Beluntas cina, daun dewa, akar sebiak
Famili :Asteraceae
Daun sambung nyawa mengandungi flavonoid glikosida, fenoleaf asid, triterpenoid alkloid, saponin dan tannin. Ia bersifat sejuk dan neutral
Khasiat dan Kegunaan
1. Menurunkan panas badan,
2. Merawat sakit limpa, sakit ginjal, sakit kulit
3. Menurunkan tekanan darah, kandungan gula dalam darah, penyakit jantung, kolesterol tinggi, diabetes, radang pita suara, radang tengkuk, batuk dan sinusitis
Cara Penggunaan:
1. Daun dimakan mentah seperti ulam
(Tidak digalakkan mengambil berlebihan kerana boleh menyebabkan mual, loya dan muntah. Pesakit tekanan darah rendah tidak digalakkan mengamalkannya.)
2. Untuk minum - rebus 7 -12 helai daun segar.
3. Rawatan luaran - giling/ ramas-ramas daun segar hingga lumat dan tempelkankan ditempat sakit.
Cara Pembiakan:
Keratan batang - patahkan batang yang lembut dan cucukkan ke tanah. Sangat mudah ditanam.
Pokok sambung nyawa sumbangan Hepzibah (5C//2014)
|
Taman Herba: Pokok Kaduk
Nama Lain: Sirih duduk
Famili: Piperraceae
Daunnya seperti daun sirih.
Tumbuh melata di atas tanah.
Khasiat dan kegunaan:
1. Melawaskan kencing.
2. Merawat demam malaria
3. Melegakan batuk-batuk, selsema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang.
4. Dijadikan sebagai ulam
Cara Penggunaan:
1. Air rebusan daun dengan akarnya - melawaskan kencing.
2. Air rebusan daun - merawat demam dan melegakan batuk-batuk
Cara Pembiakan:
Keratan batang - patahkan batang pokok kaduk yang lembut dan cucukkan ke tanah. Sangat mudah membiak.
Taman Herba: Pokok Mas Cotek
Nama Saintifik : Ficus deltoidea
Nama Lain : Serapat, sempit-sempit
Famili : Moraceae
Ada dua jenis mas cotek, iaitu mas cotek jantan daunnya lonjong/bujur dan mas cotek betina daunnya bulat.
Khasiat dan Kegunaan:
1. Berkhasiat untuk sistem reproduktif wanita.
2. Megecutkan rahim selepas bersalin dan mengembalikan rahim dalam keadaan asal
3. Merawat keputihan dan melawaskan haid.
4. Mengekalkan awet muda
5. Ramuan bagi menyediakan tonik untuk lelaki dan perempuan.
6. Mencegah dan menyembuhkan penyakit (pasu-paru berair, kencing manis, darah tinggi/rendah, lemah jantung, batu karang, cirit birit.
7 Melancarkan peredaran darah
8. Memecah lemak dan membuang kolesterol dalam saluran darah
9. Rawatan sakit kulit
10. Membetulkan kerosakan urat saraf
11. Mengurangkan keletihan dan kelesuan badan
12. Merawat migran
Cara Penggunaan:
1. Air rebusan diminum (sehelai daun + 3 gelas air = 1 gelas air rebusan)
Cara Pembiakan:
1. Keratan batang - potong mana-mana bahagian dan cucukkan kat tanah, rajin-rajin menyiram dan membaja, insyaallah lebih cepat tumbuh.
2. Biji - ni lambat sikit la nak tunggu tunasnya.
Anak pokok mas cotek sumbangan Pn. Siti Ramlah Azura yang
ditanam pada 12 April 2014. Harap hidup subur dan banyak daunnya..
Friday, April 25, 2014
Taman Herba: Cekur
Nama Saintifik: Kaemferiagalanga L
Nama Lain: Kencur (Indonesia), Finggerroot (Inggeris), Pro horn (Thai)
Famili : Zingiberaceae
Khasiat dan Kegunaan:
Rizom cekur digunakan sebagai
1. tonik selepas bersalin bagi mengecutkan rahim.
2. Bahan untuk jamu bagi senak perut
3. Membuang angin
4. Sakit Sendi,
5. Melancarkan haid
6. Melegakan batuk7. Mengurangkan bengkak
8. dibuat bedak untuk merawat jerawat
9. Ramuan masakan - buat tambahan ramuan pecal jawa ni memang sedap
Cara Penggunaan:
1. Daun yang muda dan ubi cekur dimakan sebagai ulam atau kerabu
Cara Pembiakan:
cekur ditanam melalui rizom (ubi).
Ia matang dalam tempoh 8 - 10 bulan selepas di tanam.
Ni anak cekur yang baru ditanam di taman herba SKMC
pada 12 April 2014 - Sumbangan Pn. Nurul Ashikin
Thursday, April 24, 2014
Gotong royong membakpulih Taman Herba
Gotong-royong dijalankan oleh ahli Kelab Sains dan Kelab Doktor Muda dengan
bimbingan oleh Peserta Program Pensiswazahan Guru IPG Kampus Ipoh.
Ni la guru yang bergelar guru pelatih
Program Pensiswazahan Guru Kohort 1 IPG Kampus Ipoh.
yang menjadikan Taman Herba ini Kawasan Angkat mereka
dalam Program Bina Insan Guru 'Sayangi Sekolah'
Apa jenis-jenis herba tunggu entri akan datang.
Taman Herba: Projek baharu akan bermula
Taman Herba SKMC akan dibangunkan semula.
Kawasannya akan dibahagikan kepada 3 ruang agar mudah diurus dan melibatkan ramai murid bertanggungjawab menjaganya. Ianya juga memberikan ruang untuk menambah pelbagai jenis pokok herba.
Kawasannya akan dibahagikan kepada 3 ruang agar mudah diurus dan melibatkan ramai murid bertanggungjawab menjaganya. Ianya juga memberikan ruang untuk menambah pelbagai jenis pokok herba.
Kawasan asal yang telah sedia ada terbahagi 2 ruang yang dipisahkan oleh laluan bertangga.
Ruang pokok besar yang telah mati, akan dijadikan ruang tambahan taman herba.
Lokasi yang sama.
Pemasangan net hijau sementara bagi melindungi pokok-pokok baharu yang akan ditanam.
Wednesday, April 23, 2014
Tujuan Laman SKMC diwujudkan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua tetamu laman ini.
Selamat Datang ke SK Marian Convent, Ipoh
Sekolah Berprestasi Tinggi
Sekolah Berprestasi Tinggi
SK Marian Marian Convent adalah sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi yang cemerlang di Negeri Perak dan peringkat Kebangsaan amnya. Kecemerlangan ini dicapai hasil komitmen semua warganya daripada pentadbir yang berkaliber dan berwawasan, guru-guru yang prihatin dan dedikasi, murid-murid yang rajin, ibu bapa yang peka, staff sokongan yang proaktif dan pekerja swasta (keselamatan & pembersihan) yang komited.
Selain komitmen para guru mendidik bagi melahirkan murid yang cemerlang, suasana sekolah juga memainkan peranan yang penting memberikan kejayaan tersebut. SK Marian Marian Convent hanya mempunyai keluasan kawasan 4.8 ekar. Ruang yang terhad itu hanya dapat dibina sudut-sudut kecil bagi menambah suasana sekolah yang kondusif dan menjadi rujukan pembelajaran luar bilik darjah. Diharapkan Laman SKMC ini memberi peluang dan ruang kepada tetamu laman ini untuk berkongsi maklumat bagi menambah keceriaan sekolah masing-masing.
Berslogankan MARIAN INDAH, MURID TERSERLAH, sesuai dengan maklumat dalam laman ini yang ingin dikongsikan bersama di setiap sudut/taman sebagai bahan pembelajaran dan pengajaran luar bilik darjah. Selain memberikan nostalgia kepada bekas warga Marian Convent sejak 1957.
Sekolah Bersih dan Ceria, Murid Selamat dan Gembira.
Salam Ingatan;
Pn. Hindon Wahid
Penolong Kanan HEM
Subscribe to:
Posts (Atom)