Tuesday, May 13, 2014

Taman Herba: Pecah Kaca

Nama Saintifik:  Strobilanthes Crispus
Nama Lain:  Pecah Beling, Bayam Karang, Ngo Kilo, Keji Beling dan Jin Batu
Famili:  Acanthaceae




Pokoknya mudah hidup dan merimbun.
Boleh dijadikan hiasan halaman rumah.








Khasiat dan kegunaan:
1. Merawat Kanser (mmbunuh sel kanser kolon, kanser hati dan kanser buah dada)
2. Merawat kencing manis
3. Menghancurkan  batu karang dalam hempedu di buah pinggang
2. Agen diuretik - melancarkan pembuangan air kencing
3. Menurunkan koesterol  dalam badan


Cara Penggunaan:
1. Air Rebusan daun diminum mengikut sukatan.
2. Daunnya boleh dimakan begitu sahaja (dijadikan ulam) 3 helai sehari secara berterusan.

Cara Pembiakan:
1. Keratan batang.


Pokok Pecah kaca, pokok paling tua di taman herba SKMC



Rujukan:
http://herbadantumbuhan.blogspot.com/2012/06/pecah-beling-strobilanthes-crispus-ubat.html


Taman Herba: Bunga Rose Jepun





Nama Saintifik:  Portulaca Grandiflora

Nama Lain:  bunga kembang petang, bunga pukul sepuluh, moss rose, sun plant, japanese rose, bunga gelang

Famili:  Portulaceae





Sejenis tumbuhan yang hidup menjalar. Mudah penjagaanya dan memerlukan pencahayaan yang lebih bagi mengeluarkan bunga yang banyak. Mempunyai pelbagai warna bunga yang cantik dan menarik. Mula berkembang jam 10 pagi.

Khasiat dan kegunaan:
1. Merawat luka ringan

Cara Penggunaan:
1. menampalkan daun yang dilumatkan  pada bahagian yang luka

Cara Pembiakan:
1. Keratan  - patahkan saja batang pokok tu dan cucukkan ke tanah.
2. Biji benih - seperti biji sawi


Wednesday, April 30, 2014

Taman Herba: Serai Wangi





Nama Saintifik:   Cymbopogon nardus
Nama Lain:
Famili:  Poaceae

Tumbuhan yang hidup merimbun seperti pokok serai makan.






Khasiat dan kegunaan:
 Dijadikan minyak pati / direbus sebagai air mandian
2. Penghalau serangga
3. Menyegarkan badan yang rasa sakit-sakit
4. Menghilang bau hanyir dan bau badan selepas bersalin (dijadikan rebusan  air mandian)
5. Memanaskan badan yang rasa sejuk-sejuk
6. Aroma daun yang direbus umpana terapi, boleh menghilang rasa terteka


Cara Penggunaan:
1. Minyak serai wangi - disapu
2. Rebus daun serai wangi - sebagai air mandian.


Cara Pembiakan
- batang serai yang dibuang daun dan dicucuk semula ke tanah.


Taman Herba: Misai Kucing





Nama Saintifik:  Orthosiphon stamineus Benth
Nama Lain: Kumis kucing, cat whisker,java tea
Famili:   Lamiaceae


Tanaman yang tumbuh merimbun.
Berbunga putih atau ungu yang cantik dan berbentuk seperti misai kucing/







Khasiat dan Kegunaan:
1. Merawat pesakit kencing manis, mengawal atur tahap gula dalam darah.
2. Menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.
3. mengurangkan kadar kolesterol, menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada dinding organ dalaman di samping sifat antiseptik.
4. Juga merawat pesakit gout, athriris, dan reumatik
5. Mengelakkan pembentukan batu dalam ginjal (batu karang).
6. Membaiki tahap stamina dan tenaga

Cara Penggunaan:
daun dikeringkan dan boleh disimpan lama.
1.Rebus segenggam daun yang dikeringkan bersama 3 gelas jadi sehingga menjadi segelas, sejukkan kemudian diminum berulang kali bagi mengurangkan penyakit kencing manis.
2. 2 -3 helai daun direndam dalam segelas air panas - biarkan suam dan minum (darah tinggi)

Cara Pembiakan:
1. Biji benih
Pokok misai kucing yang hidup subur di taman herba SKMC 
Sumbangan Jabatan Perhutanan Negeri Perak

Saturday, April 26, 2014

Taman Herba: Sirih

Nama Saintifik:  Piper betle L.
Nama Lain:
Famili:   Piperaceae



Sejenis pokok menjalar. Daun berbentuk bujur.







Khasiat dan Kegunaan:
1. Mengubati penyakit wanita, nafas berbau, badan berbau, demam selepas bersalin, mencuci vagina.
2. Mengubati bisul, gusi bengkak, radang tekak, terseliuh, sakit kepala, batuk kering, ulser mulut, geraham berdarah
3. Antiseptik
4. Hantaran perkahwinan dalam istiadat melayu

Cara Penggunaan:
1. Dimakan bersama pinang.
2. Gulung daun sireh dan sumbat ke dalam hidung - menghentikan pendarahan hidung.


Cara Pembiakan:
Keratan batang - patahkan batang yang lembut dan cucukkan di tanah. Sangat mudah ditanam.


Pokok sirih yang mula menjalar.
Sumbangan Pn. Milah. 



Taman Herba: Markisa

Nama Saintifik : Passiflora edulis
Nama Lain: Buah susu, Passion Fruit(Inggeris), Limangkon (Thailand)
Famili:  Passifloraceae


Sejenis pokok berbuah yang menjalar.
Buah muda berwarna hijau. Boleh dimakan apabila matang 75%. Buahnya akan berwarna kekuningan.




Khasiat dan Kegunaan:
1. Jus dan sirap
2. Mengubati kanser, darah tinggi.
3. Menurunkan kolesterol dan sebagai antioksidan

Cara Penggunaan:
1. Makan begitu saja
2. Dijadikan jus/syrup

Cara Pembiakan:
1. Biji benih
2. Tut
Pokok markisa yang baru ditanam sumbangan Pn. Siti Ramlah Azura.




Taman Herba: Pokok Sambung Nyawa

Nama Saintifik :  Gynura procumbens Lour Calacia procumberbens Lour
Nama Lain : Beluntas cina, daun dewa,  akar sebiak
Famili  :Asteraceae



Daun sambung nyawa mengandungi flavonoid glikosida, fenoleaf asid, triterpenoid alkloid, saponin dan tannin. Ia bersifat sejuk dan neutral









Khasiat dan Kegunaan
1. Menurunkan panas badan,
2. Merawat sakit limpa, sakit ginjal, sakit kulit
3. Menurunkan tekanan darah, kandungan gula dalam darah, penyakit jantung, kolesterol tinggi, diabetes, radang pita suara, radang tengkuk, batuk dan sinusitis

Cara Penggunaan:
1. Daun dimakan mentah seperti ulam
 (Tidak digalakkan mengambil berlebihan kerana boleh menyebabkan mual, loya dan                         muntah. Pesakit tekanan darah rendah tidak digalakkan mengamalkannya.)
2. Untuk minum - rebus 7 -12 helai daun segar.
3. Rawatan luaran - giling/ ramas-ramas daun segar hingga lumat dan tempelkankan ditempat sakit.

Cara Pembiakan:
Keratan batang - patahkan batang yang lembut dan cucukkan ke tanah. Sangat mudah ditanam.

Pokok sambung nyawa sumbangan Hepzibah (5C//2014)