Wednesday, December 10, 2014

Pandangan pertama memasuki Sekolah Kami




 Bangku rehat sumbangan sebuah Syarikat dalam 
membina jalinan bersama korporat.
Pengiktirafan yang diterima oleh pihak sekolah pada September 2013
selepas mendapat pengikhtirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan pada 2011, 
dan Sekolah Cemerlang pada tahun 2008.

 Salah satu sudut sumbangan ibu bapa
di bawah Program Sarana Ibu Bapa

Pintu Pagar Masuk ke Halaman Sekolah

Kami mengalu-alukan tetamu yang sudi singgah di sekolah kami.
Sekadar berkongsi suasana yang ala-ala resort lagi...

Pintu C - Laluan keluar semua kenderaan semasa hari persekolahan dan pada waktu puncak
Merupakan Laluan utama, menjadi pintu masuk  selain daripada waktu puncak.
 Pintu Pagar B - Laluan masuk kenderaan guru dan staff,
bas dan van sekolah. Dibuka dan tutup mengikut jadual


 Pandangan dari sudut yang berbeza

 Pintu A - Laluan masuk ibu bapa sewaktu hari 
persekolahan dibuka dan tutup mengikut jadual.
 Laluan kenderaan ibu bapa  menjadi jalan sehala
 bagi melancarkan perjalanan. Sekolah kami di penghujung jalan
satu kelebihan di sekolah ini membenarkan kenderaan ibu bapa memasuki
kawasan sekolah untuk menghantar dan mengambil anak.
Landskap masih dalam perancangan.
Nak cari penyumbang anak-anak pokok bagi menambah ceria 
pandangan mata dan sekolah.
Ni la En Fairus yang menjaga laluan pintu masuk
ke sekolah kami sekarang.

Sila lapor diri dahulu di pondok pengawal ini sebelum berurusan dengan pihak sekolah.
Sila ikuti peraturan yang ditetapkan demi keselamatan anak-anak Marian.
 Jaga etika berpakaian bagi mencerminkan budaya rakyat Malaysia yang berbudi bahasa.
Sila datang, jemput masuk.

Sunday, December 7, 2014

Halaman Ilmu Sekolah dipenuhi warna warni bunga kembang pukul sepuluh

Nama pun pokok bunga kembang pukul sepuluh, jadi kena tunggu la pukul sepuluh. Tunggu ada matahari barulah berkembang bunga-bunga ni. Eh ada juga yang panggil pokok bunga ni  ros jepun. Memang bentuknya macam bunga ros, tapi kelopaknya kecil aje.


















 Ni ruang tanaman bunga ros jepun, harap-harap cepatla mekarnya.
 Ada lagi di beberapa lokasi yang belum diambil fotonya... 

Saturday, December 6, 2014

KIosk Doktor Muda yang ceria

Kiosk ni terletak di Halaman Ilmu SKMC. 
Dibina daripada sumbangan  ibu bapa Puteri Marian Tahun 6/2013  
yang prihatin dengan keperluan keceriaan sekolah akan
dapat melahirkan anak-anak yang cemerlang. 
 Kiosk ini diurus oleh Ahli Kelab Dokor Muda dengan
bimbingan Guru Penasihatnya.

 Selain dijadikan tempat perjumpaan dan aktiviti Ahli Kelab Doktor Muda, 
ia juga berfungsi sebagai one stop centre untuk mendapatkan info kesihatan.
Selain menjadi satu sudut pembelajaran luar bilik darjah.

Thursday, December 4, 2014

Taman Orkid Sumbangan Puteri Marian Tahun 6/2011

Taman ini dibaikpulih hasil sumbangan ibu bapa Puteri Marian Tahun 6/2011
Bagi memenuhi impian menjadikan sebuah taman orkid.
Pokok-pokok di taman ini juga adalah sumbangan beberapa orang guru penggemar orkid.









 Rimbunan pokok berdaun menambah ceria taman ini.
 Menjadi lokasi pilihan